Justin Bieber Sewa Rumah Setengah Juta Di London

25 Oktober 2016. 10.55 PM
22,605
Hiburan
Justin Bieber Sewa Rumah Setengah Juta Di London

Penyanyi antarabangsa Justin Bieber 22, menyewa sebuah rumah mewah di utara London dengan bayaran setengah juta setiap bulan.

Menurut laporan mirror.co.uk, Bieber bakal menyewa di situ selama setahun dan menjadikan ia sebagai rumah hinggap apabila berada di London.

Ejen hartanah Knight Frank, Arer Rand berkata rumah tersebut dibina pada tahun 1910 mempunyai keluasan lebih dari 24 ribu kaki persegi.

Manakala dindingnya diperbuat daripada 12 jenis marmar bermutu tinggi dari negara Itali.

“Rumah ini antara rumah paling mewah di utara London, selain seni reka dalaman yang luar biasa, rumah ini juga mempunyai kolam renang dalaman dan luaran rumah.

“Tidak ketinggalan sebuah spa, gelanggang tenis dan pawagam berskala besar memudahkan Bieber melayan tetamu untuk berhibur,” kata Rand.

Difahamkan Bieber telah pun menjemput pemain bola sepak dunia Mesut Ozil berparti di rumah agam itu baru-baru ini.

Apa-apa pun diusia muda Bieber memiliki kemewahan luar biasa adalah perkara normal buat penyanyi Amerika Syarikat yang gemar menghabiskan duit demi kepuasan diri.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir             

Sumber: mirror.co.uk





Artikel Berkaitan


Komen