Penyanyi Syamel akui lega apabila hasratnya untuk mengadakan rumah terbuka.

Bagaimanapun penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 2015 memberitahu agak gementar kerana bimbang tiada tetamu yang sudi hadir ke majlis tersebut.

"Saya buat majlis ini secara kecil-kecilan dan menjangkakan tetamu yang hadir dalam lingkungan 500 ke 600 orang.

"Maklumlah ini kali pertama saya buat rumah terbuka jadi saya tak dapat nak elakkan rasa risau.

"Pada mulanya saya khuatir juga kalau-kalau makan yang dijamu ini tidak habis, cukup atau tidak juadah yang disediakan dan risau juga andai kata ramai tetamu yang tidak dapat hadir.

"Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di rumah terbuka," katanya ketika ditemui Astro Gempak di rumah terbukanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Syamel juga turut meluahkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

"Secara jujurnya saya sangat terharu kerana ramai yang hadir dan ada juga yang sanggup menunggu sehingga majlis tamat.

"Dah lama saya rancang untuk adakan majlis sebegini dan bersyukur dapat laksanakan hajat itu tahun ini.

"Niat saya hanya satu, ingin berkongsi rezeki bersama keluarga dan juga peminat yang hadir selain dapat mengeratkan silaturrahim bersama mereka. Terima kasih sekali lagi," ujarnya.

Teks oleh: Mya Amri