Kediaman penyanyi dan pelakon Hilary Duff telah dimasuki perompak selepas memuat naik gambar bercuti bersama anak lelakinya.

Menurut laporan Daily Mail, ketika kejadian Hilary Duff, 29, sedang menikmati cuti bersama anaknya, Luca di Kanada sebelum dimaklumkan oleh pembantu rumahnya tentang kejadian tersebut.

"Hilary bersyukur kerana semua ahli keluarga dan haiwan peliharaannya selamat.

"Dia mengalami kerugian yang amat besar apabila barang berharga miliknya dilarikan perompak.

"Dia juga telah meminta semua pekerjanya agar dapat memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan," kata sumber.

Namun sehingga kini pihak polis masih menyiasat serta memburu penjenayah tersebut dan tiada tangkapan dilakukan.

Hilary berharap agar perompak yang memecah masuk rumahnya itu akan diberkas dengan segera.

Sumber: Daily Mail