Pelakon Norman Hakim telah membuat satu kejutan apabila hadir dengan sebiji kek bagi menyambut ulang tahun perkahwinan bekas isterinya, Abby Abadi dan suami di kediaman mereka baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Abby Abadi telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan Norman yang hadir bersama isterinya, Memey Suhaiza untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kedua mereka.

Abby menerusi entri tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu dan akui berasa malu saat diraikan.

Tambah Abby lagi dia akui Norman dan Memey memang dicipta untuk bersama dan sebelum ini dia hanya meminjam Norman untuk seketika sahaja.

Berikut merupakan kapsyen berkenaan:

"Terima Kasih 'CINTA'
Untuk segalanya..Kau berikan lagiiiii kesempatan ini...

Sy malu dan tak suka diraikan
Mohon @normanhakim_786 & @memeysuhaiza
Jangan buat lagi
Apapun 'Tengkiuuuuu' hehe

Oman & Memey
Memang diciptakan utk bersama
Sy pinjam dulu
Sebab masa tu Memey kecik lagi hahahahaa

Suamiku @jaiezzany muahciked
Doa bagi jadi trip kita ke Koh Sa mui k hehehe #AsyikNakBerjalanJeKerja #PantangLaAbbyyyyyOoiii "

Berikut merupakan video sepanjang sambutan tersebut:

Terima Kasih 'CINTA' Untuk segalanya..Kau berikan lagiiiii kesempatan ini... ❤️ . Sy malu & tak suka diraikan Mohon @normanhakim_786 & @memeysuhaiza Jangan buat lagi ? Apapun 'Tengkiuuuuu' hehe Oman & Memey Memang diciptakan utk bersama Sy pinjam dulu Sebab masa tu Memey kecik lagi hahahahaa ?? Suamiku @jaiezzany muahciked ? . Doa bagi jadi trip kita ke Koh Sa mui k hehehe #AsyikNakBerjalanJeKerja #PantangLaAbbyyyyyOoiii ? .

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on