Anak sulung pasangan David dan Victoria Bechkam, Brookyln dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan pelakon dan penyanyi Madison Beer.

Menerusi laporan Daily Mail, mereka dilaporkan sering keluar bersama dan masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

"Brookyln telah menemui penganti baru selepas putus cinta dengan pelakon Chole Grace Moretz.

"Mereka telah keluar bersama ketika berada di Los Angeles dan perkara itu menjadi perbualan hangat peminat di media sisoal apabila gambar mereka bersama berjaya dirakam.

"Pasangan ini juga pernah dilihat makan malam bersama ibu Brooklyn, Victoria Beckham di sebuah restaurant ternama di London," kata sumber.

Tambah sumber, hubungan pasangan ini nampaknya semakin serius apabila kedua-dua keluarga merestui hubungan yang dijalinkan oleh mereka.

"Nampaknya, hubungan pasangan ini semakin serius dan mereka juga telah membawa pasangan masing-masing untuk berjumpa dengan ahli keluarga," ujarnya.

Sumber: Daily Mail