Muka Tak Ada Perasaan? Saya Gementar Bukan Sengaja - Intan Sarafina

26 Oktober 2016. 1.50 PM
33,673
Hiburan
Muka Tak Ada Perasaan? Saya Gementar Bukan Sengaja - Intan Sarafina

Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Intan Sarafina berjanji akan memperbaiki reaksi wajahnya selepas menerima komen negatif oleh netizen.

Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 35, berkata gemenntar merupakan antara faktor yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal ekspresi mukanya sehingga menyebabkan dia kelihatan seakan-akan tidak mempunyai perasaan ketika menyanyi.

“Saya dah lapan tahun tak aktif dan bila kembali menyanyi kena pula dekat pentas yang besar maka itulah jadinya.

“Lagi-lagi bila kita tahu itu pertandingan, memanglah rasa gementar tu dua kali ganda daripada biasa.

“Bila dah nervous tu, faham-fahamlah tak dapat dah nak fikir dan sorok reaksi muka, itu yang nampak macam tak ada perasaan.

“Reaksi itu memang tidak disengajakan ia terjadi secara spontan.

“Tapi untuk minggu kedua ni, Alhamdulillah saya rasa macam dah ada sedikit perubahan berbanding dengan yang pertama,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia mengetahui tentang perkara tersebut selepas melihat kembali persembahannya pada minggu lalu.

“Sebenarnya saya sendiri dah perasan mengenai ‘muka tak ada perasaan’ tu bila tonton kembali video persembahan minggu lalu.

“Selepas review persembahan itu, saya belajar dan baiki mana-mana bahagian yang saya rasa lemah supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Untuk lagu Pudar, saya rasa puas hati dengan persembahan saya. Memang saya nampak sedikit malu – malu tapi itu adalah karakter saya.

“Tapi saya akan cuba keluar daripada zon selesa dan untuk minggu ketiga saya janji akan berikan yang lebih baik lagi,” jelasnya.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan


Komen