Selepas laman sosial tular dengan beberapa orang wanita yang kelihatan muda walaupun sudah bergelar nenek, kini tiba masanya untuk seorang lelaki berusia 50 tahun viral.

Seorang lelaki bernama Chuando Tan yang berasal dari Singapura viral kerana kelihatan masih kacak dan sado biar pun memasuki usia jubli emas.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang model di usia remaja, Chuando memang terkenal dengan sikapnya yang mementingkan senaman untuk mengekalkan kecergasan.

Chuando merupakan salah seorang jurugambar terkenal di Singapura dan membuka perniagaan fotografi bersama rakannya dengan nama ChuanDo&Frey.

Mereka pernah bekerjasama dengan majalah fesyen terkemuka seperti Jalouse, Muse, L’Officiel, Harper’s Bazaar dan Elle.

Mereka juga pernah bekerja dengan jenama popular seperti L’Oréal, ION Orchard Singapore, Levi’s dan Motorola.

Duo ChuanDo&Frey juga pernah merakamkan foto serta menghasilkan kulit album untuk album ke-10 Janet Jackson, Discipline pada tahun 2008.





Dalam pada itu, jangan lupa untuk menonton drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle, Hannah Delisha dan ramai lagi.

Drama bersiri tersebut bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Mothership SG