Pelawak dan aktres Jihan Muse dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang apendiks.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini Facebook milik penolong penerbit untuk progran MeleTop, Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak.

"Penangan trending #1 terus masuk hospital operate appendix kesiannya akak Jihan Muse... Semoga cepat sembuh ya..." tulis Hisyamuddin.

Sebelum ini, video klip parodi MeleTop I Am Me yang dilakonkan oleh Jihan bersama Bell Ngasri menjadi trending di laman sosial.

Astro Gempak mendoakan agar segala urusan Jihan dipermudahkan dan segera mendapat kesembuhan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri Biniku Ninja lakonan Jihan bersama suaminya Ungku Hariz kini memasuki minggu terakhir.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Biniku Ninja yang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal