Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan polis selepas cuba membakar sebuah bank di Batu Pahat, Johor.

Lelaki itu tidak berpuas hati dengan permohonan tuntutan insurans berjumlah RM100 juta tidak dapat dipenuhi pihak bank.

Suspek ditahan di rumahnya di Taman Setia Jaya, Batu Pahat selepas kelibatnya cuba membakar Alliance Bank dengan menyimbah cecair dipercayai petrol disedari orang ramai.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana dipercayai kecewa terhadap bank berkenaan yang tidak dapat memenuhi kehendaknya mahukan perlindungan insurans sebanyak RM100 juta.

"Menurut saksi, suspek dilihat berada di pintu hadapan bank dan sedang menyiram cecair pada pintu bank dipercayai petrol sebelum membakar kertas dan membuang ke arah cecair tersebut menyebabkan api marak.

“Suspek pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail dan kini direman selama seminggu hingga 27 Julai ini,” katanya.

Sumber: Utusan Online.