Seorang jejaka Terengganu meluahkan rasa kesal selepas tugasnya sebagai seorang penghibur yang menyarungkan kostum badut dan Ultraman dihina oleh seorang individu.

Menggunakan nama Badut Terengganu di laman Facebook, jejaka itu meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah entri di laman sosial tersebut.

Dia memuat naik sekeping screen shot yang memaparkan komen seorang wanita yang menganggap pekerjaannya sebagai satu tindakan yang memalukan masyarakat Terengganu.

"Hina sangat ke kerja badut dengan Ultraman? Sampai dilabelkan buat malu orang Terengganu. Sedih mentaliti Terengganu masih begini," tulis jejaka tersebut.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat wanita itu. Netizen juga menyeru agar jejaka tersebut tidak melayan komen pedas tersebut dan meneruskan kerjayanya kerana rezeki yang diperoleh adalah halal.

Ayie Anuar: Be strong bro... Mulut orang kita tak boleh jaga..

Salehuddin Muhmad: Tak payah layanlah orang gitu.. Kurang kasih sayang tu.

En Rayy: Teruskan usaha murni mencari rezeki yang halal..

Norfarayen Suhaimi: Teruskan ja asalkan kerja halal. Tak ada salahnya. Abaikan sis yang kata buat malu orang Terengganu tu. Dia kurang kasih sayang.

Malek Aziz: Saya salute spring kepada awak... Peduli ape orang nak kata.... Janji rezeki halal...Teruskan kejayaanmu...

Teks oleh: Kamaruddin Razal