Seorang wanita dari Sulawesi Selatan, Indonesia, mengaku telah melahirkan seorang anak kembar biawak.

Seha Norma Rasid memberitahu kepada media biawak yang dilahirkan pada 22 November1989 itu diberi nama Mansur.

Mansur memiliki saudara kembar manusia bernama Masrianty.

"Ketika saya melahirkan biawak saya rasa biasa sahaja kerana ia bukan pertama kali berlaku dalam keluarga saya. Ia turun temurun," katanya.

Biawak itu dilayan seperti seorang manusia, ia diberikan pakaian, susu dan telur sebagai makanan.

Malah, biawak itu juga dibawa tidur bersama-sama ibunya.

"Saya tidak peduli apa yang orang kata kepada saya kerana setiap orang ada keyakinan masing-masing," tambahnya.

Mansur kini sudah berusia 28 tahun.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Bangka Pos Tribunnews