Pelakon, Hisyam Hamid akui tidak perlu terlalu mencuba untuk mencipta keserasian ketika bergandingan bersama Aaron Aziz menerusi filem Kau Yang Satu.

"Berlakon dengan Aaron tidak ada masalah kerana kami berdua sudah kenal antara satu sama lain.

"Jadi kalau bercakap mengenai keserasian, bila fikir balik benda itu kami tak perlu nak cipta kerana dalam filem tersebut saya dan Aaron adalah musuh.

"Jadi babak antara kami kebanyakannya bergaduh. Secara jujurnya saya sangat teruja apabila diberi peluang untuk berlakon bersama Aaron," katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Hisyam lagi, lain pula situasinya apabila bersama Izara.

"Kalau dengan Izara saya akui memang perlukan latihan.

"Bukan apa, sebab kebanyakan babak saya bersama Izara lebih kepada emosi dan satu 'scene' saya perlu menangis di depan Izara.

"Jadi sebelum masuk set kami akan ada sesi latihan terlebih dahulu untuk memudahkan kami mencari keserasian ketika berlakon," ujarnya.

Selain Hisyam, filem ini turut dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz dan Soo Wincci. Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.

Jadi kepada pembaca setia Astro Gempak jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket ke tayangan filem Kau Yang Satu pada 26 Julai ini, jam 8 malam bertempat di MBO Cinema The Starling Mall, Uptown Damansara.

Menariknya, tayangan tersebut juga turut disertai oleh pelakon filem berkenaan, Dr. Soo Wincci yang memegang watak Isabella.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Join Gempak FC dan mendaftar sebagai Gempak Fan.

Untuk mendaftar, KLIK DI SINI


Teks oleh: Mya Amri