Tajul Terkejut Lagu Sedalam Dalam Rindu Cecah Satu Juta Tontonan di Youtube

26 Oktober 2016. 3.18 PM
75,999
Hiburan
Tajul Terkejut Lagu Sedalam Dalam Rindu Cecah Satu Juta Tontonan di Youtube

Penyanyi muda Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari 18, terkejut dan tidak percaya lagu single pertamanya Sedalam Dalam Rindu menghampiri satu juta tontonan di Youtube.

Dia yang juga adik kepada vokalis kumpulan Spin, Achik bersyukur dengan penerimaan orang ramai kerana mengemari lagunya itu.

“Sedalam Dalam Rindu ini percubaan saya untuk berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi dengan penyanyi popular yang lain.

“Alhamdulilah selepas lagu saya di muat naik di Youtube, ia memberi impak positif dan reaksi yang diterima sangat luar biasa.

“Walaupun pada mulanya ada rasa takut tetapi hasil sokongan semua pihak termasuk ahli keluarga membuatkan saya tidak patah semangat.

“Apa yang saya peroleh setakat ini memang di luar jangkaan dan diharapkan pendengar akan terus menerima  saya dalam bidang yang baru saja diceburi,” kata Tajul dihubungi Astro Gempak.

Tambah Tajul lagi, dia juga teringin berduet dengan penyanyi kegemarannya iaitu Misha Omar dalam apa jua genre lagu.

Bagi Tajul, Misha memiliki vokal yang unik dan caranya menyanyi amat luar biasa.

“Cara kak misha berduet dengan mana-mana penyanyi saya sangat seronok lebih-lebih lagi gaya penyampaiannya yang begitu mendalam.

“Sekiranya saya dapat  berkerjasama dengannya untuk berduet, saya tidak akan sia-siakan. Itu antara harapan saya untuk maju ke hadapan dalam bidang ini,” ujarnya dengan penuh semangat.

Tajul antara artis FMC yang turut serta membuat persembahan dalam jelajaj JOOX Live bersama Best FM di Kluang Mall pada Sabtu ini jam 2 petang hingga 5 petang,

Penyanyi lain yang bakal membuat persembahan di pentas yang sama ialah Tasha Manshahar, Syed Shamim, Eleena Harris,Ernie Zakri dan ramai lagi. 

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir


Artikel Berkaitan


Komen