Pelakon Hollywood terkenal, Charlize Theron akui tidak mudah melakukan aksi lasak untuk filem terbaru lakonannya, Atomic Blonde.

Menurut aktres berusia 41 tahun itu, dia perlu menjalani latihan selama dua bulan supaya lakonannya untuk babak pergaduhan nampak semulajadi.

"Saya melakukan latihan selama dua bulan lebih dan belajar cara-cara untuk melakukan aksi lasak.

"Memang tidak budak tetapi disebabkan saya merupakan seorang penari jadi ingatan saya masih kuat untuk menghafal setiap gerakan yang diajar dengan cepat.

"Namun begitu saya bukanlah seorang 'fighter', jadi saya rasa latihan sebegini amat penting supaya lakonan nampak semulajadi," katanya seperti yang dilapor portal Variety.

Atomic Blonde arahan David Leitch ini bakal menemui penonton di Malaysia pada 27 Julai ini.

Jadi kepada pembaca setia Astro Gempak jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket wayang ke tayangan filem Atomic Blonde pada 25 Julai ini, jam 8 malam bertempat di TGV One Utama.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Join Gempak FC dan mendaftar sebagai Gempak Fan.

Untuk mendaftar, KLIK DI SINI