Penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran mengajar aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) untuk bercakap dalam dialek negeri Melaka.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook Era FM, Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘merecik hawau’.

Selain dialek negeri Melaka, Jaa juga mengajar SRK untuk menuturkan ayat dalam dialek negeri Kelantan.

Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘kawe sakit motor sakit boh’.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi SRK bertutur dialek Melaka dan Kelantan serta menganggap SRK kelihatan sangat comel apabila menuturkan ayat-ayat tersebut.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, merupakan selebriti sulung dari Malaysia yang dapat menemuramah SRK di kediamannya baru-baru ini.

Jaa bertolak ke India pada malam Khamis lalu untuk menemubual SRK bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal.

Teks oleh: Kamaruddin Razal