Pelakon Jessica Alba hamil anak ketiga selepas kali terakhir melahirkan anak keduanya, Haven Garner Warren, lima tahun lalu.

Jessica mengumumkan berita gembira tersebut di Instagramnya kemarin.

Menerusi entri tersebut, aktress itu memuat naik video bersama dua orang anaknya, Honor Marie Warren, 9, dan Haven Garner ,5, sambil masing-masing memegang belon berbentuk angka 1 dan 2 manakala dia memegang angka 3.

Dalam entri itu Jessica memberitahu dia dan suaminya, Cash Warren menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

"@cash_warren and I are officially going to be outnumbered #babyonboard #herewegoagain #blessed"

Jessica dan Cash Warren berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.