Tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Menurut laporan media, kejadian tidak diingini itu berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terletak di tingkat dua selatan HSA.

Dalam kejadian tersebut, enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat.

Melalui gambar dan video yang dikongsi di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter, petugas HSA dan pihak Bomba dilihat bertungkus lumus membantu mangsa yang kebanyakan tidak mampu bergerak sendiri.

Susulan daripada kejadian itu, hashtag #PrayForHSA menjadi trending di laman sosial. Netizen memanfaatkan penggunaan media sosial sebagai medium untuk berkongsi foto-foto kejadian serta berkongsi kesedihan yang turut dirasai.

Selebriti tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ajak Shiro dan Hanez Suraya juga turut sama-sama berkongsi kesedihan di atas tragedi tersebut menerusi laman Instagram mereka.

Berikut merupakan antara entri beberapa selebriti tempatan di laman Instagram mengenai tragedi kebakaran di HSA:


Salam takziah buat semua yg terlibat ? @Regrann_App from @koolfmmy - Kami bersimpati atas tragedi kebakaran yang melanda Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sama-sama kita berdoa untuk mangsa yang berada di sana. - #regrann

A photo posted by HAIZA #padaAllahkamiberserah (@haizahanafi) on


Takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban ?? #hospitalsultanahaminahjb

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on


#Repost @tvalhijrah114 with @repostapp ・・・ Negara dikejutkan dengan kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu jam 9 pagi tadi. Kebakaran yang berpunca dari litar pintas itu mengakibatkan 6 jiwa terkorban. Salam takziah dari kami di tv alhijrah kepada kesemua keluarga mangsa. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُم وَارْحَمْهُم وَعَافِهمِ وَاعْفُ عَنْهُم #prayforHSA

A photo posted by Hanez Suraya Abdul Aziz (@hanezsuraya) on


Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.. Tiada siapa yang mahu jadi macamni.. Harap komuniti sosial media janganlah komen yang bukan2? Al Fatihah...

A photo posted by Ajakshiro (@ajakshiro) on


takziah kepada semua keluarga mangsa yg terkorban..Alfatihah #prayforhsa nilah hospital tempat aku dilahirkan.

A photo posted by Tauke Jambu ?% (@taukejambu) on


Teks oleh: Kamaruddin Razal