Sambut Ulang Tahun Ke-15, Peminat Mahu Reunion V.E & Ruffedge

26 Oktober 2016. 5.37 PM
26,850
Hiburan
Sambut Ulang Tahun Ke-15, Peminat Mahu Reunion V.E & Ruffedge

Dua kumpulan R&B hip hop yang pernah popular suatu ketika dulu, V.E dan Ruffedge menyambut ulang tahun penubuhan mereka yang ke-15.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ruffedge, dua kumpulan tersebut mengadakan perjumpaan sesama mereka bagi meraikan hari bersejarah tersebut.

Peminat mereka turut sama teruja dengan perjumpaan itu. Sekeping gambar terbaru mereka dengan kapsyen ‘Masya-Allah happy 15 years anniversary V.E and Ruffedge!!’ mendapat 1700 perkongsian dan 3600 like.

Mereka juga sempat menyanyikan semula lagu Khayalan yang memperkenalkan nama mereka dalam industri seni 15 tahun lalu.

Ramai peminat turut meninggalkan komen agar mereka membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tanah air.

Berikut merupakan antara komen peminat yang mahu menyaksikan 'reunion' dan 'comeback' kumpulan V.E dan Ruffedge:







Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen