Single pertama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), I Am Me kini sedang mendapat perhatian ramai di laman sosial.

Baru sahaja dilancarkan pada 13 Julai lalu, video lirik lagu I Am Me yang dimuat naik di laman YouTube mencipta sejarah tersendiri dengan menduduki tangga ketiga carta trending di YouTube.

Dengan pelancaran single pertama ini, DSV mahu melibatkan diri secara serius dalam bidang muzik dan bersedia menerima undangan untuk membuat persembahan pentas.

Menerusi pemerhatian di media sosial, ramai yang sudah terkena demam lagu I Am Me. Namun begitu, ada juga segelintir netizen ‘nakal’ yang mempertikaikan cara sebutan Bahasa Inggeris DSV.

Pengguna Facebook dan Twitter ‘mengusik’ DSV dengan mempersoalkan cara sebutannya dalam lagu tersebut sama ada berbunyi ‘I Am Me’ ke atau ‘ayam mi’?







Single pertama DSV ini dicipta sepenuhnya oleh komposer terkemuka, Edry Abdul Halim.

Teks oleh: Kamaruddin Razal