Rakyat Malaysia kini boleh menonton secara percuma liputan paling komprehensif temasya Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bukan hanya di Astro TV malah di setiap platform digital Astro bermula 14 hingga 30 Ogos 2017.

Astro selaku penyiar rasmi KL2017 akan menyediakan empat saluran khas definisi tingi di saluran 802, 803, 804 dan 805 HD menerusi Astro TV dan NJOI TV.

Sementara empat saluran tambahan eksklusif akan dilancarkan di aplikasi atas talian Astro GO dan NJOI Now, menjadikan lapan saluran secara percuma boleh diakses di komputer riba dan peranti mudah alih.

Astro Arena juga turut memperkasakan inisiatif digital menerusi kerjasama dengan bakat dari laman sosial Youtube iaitu TIFO Arena.

Peminat sukan juga boleh mendapatkan informasi terkini mengenai pencapaian atlet negara sepanjang KL2017 dengan melayari laman web Stadium Astro dan Astro Awani.

Portal Astro Gempak, Rojak Daily, Astro Ulagam (Tamil) dan Xuan (Cina) turut menawarkan perkembangan dan cerita-cerita menarik sepanjang KL2017.

Teks oleh: Amri Hassan