Semalam viral di media sosial apabila rakaman video seorang lelaki berbadan sasa cuba berlawan dengan pengawal keselamatan mendapat perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, Discover Subang Jaya, lelaki tersebut dikatakan seorang MMA fighter berang dengan pegawal keselamatan apabila dia dihalang untuk memasuki ke kondominum.

Akibat daripada itu dia telah bertindak diluar jangkaan apabila melakukan serangan terhadap pengawal keselamatan itu sebelum berjaya diberkas dengan mudah.

Video yang berdurasi selama 30 saat itu dikatakan berlaku di USJ One dan telah ditonton lebih 7 juta kali dan dikongsi lebih 7,000 oleh netizen.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa geram dengan tindakan lelaki tersebut dan mereka memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu.

@Nur Shahira Adlina: "Tindakan bijak guard tu, dia tunggu orang pukul dulu baru dia balas. Ini kalau report polis, yang penyerang itu yang salah. Diorang guard sah-sah diorang cuma buat kerja saja untuk menjaga keselmatan."

@Adysteadygo Adysteadygo: "Ala bodohnye fighter MMA macam ini, bagi kaki dulu. Kau ingat atas kau tu ring ke."

@Mohd Taufiq: "Saya respect dengan pak guard tersebut kerana saiz badan kecil atau besar bukanya menjadi pengukur. Semangat pailang itu di gunakan pada tempat yang betul. Langgar jer siapa yang salah. Saluteee lu broo kerana semangat berani itu penting."

@Wan RooneyRossi: "Terbaik, nampak kecil tapi guard itu ade keberanian. Dia cuma jalankan tugas saje kot, kalau dah dia tak bagi naik atas atau masuk tu mungkin adalah sebabnye."

@CM Lim Bryan: "Syabas kepada Pengawal keselamatan. Cukup mantap dan cekap. Cuba buli tapi gagal. Sampai cium lantai pulak da. Cakap biar bersopan. Jangan sikit-sikit nak tunjuk hebat. Akibatnya, sendiri pulak yang kena."




Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi