Seorang wanita berusia 80 tahun sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan memaksa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengadakan hubungan seks dengannya ketika ketiadaan suami.

Kes itu terbongkar apabila ibu remaja berkeanan, Rohana, 33, tampil membuat laporan polis Sabtu lalu apabila diberitahun anaknya, AR.

"Anak saya ini masih kecil lagi, tetapi dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu. Saya tidak boleh terima," katanya.

Menurut Rohana, kejadian itu berlaku pada Khams 6 Julai 2017 kira-kira jam 10 malam di rumah warga emas yang dikenali sebagai Nenek Jowo, di Kecamatan IB, Palembang.

Rohana langsung tidak menyangka wanita itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya, sedangkan mereka yang memberikannya bantuan selama ini.

"Anak saya pulang dalam ketakutan. Selepas didesak berkali-kali, barulah dia menceritakan apa yang berlaku dan mengaku bahawa dia telah dipaksa melakukan hubungan seks oleh Nenek Jowo," katanya.

Mangsa mengaku sudah sepuluh kali dia dipaksa berbuat demikian dan diberi upah sebanyak Rp15,000 (RM4.82) setelah selesai melakukannya.

Nenek Jowo juga telah memberi amaran kepada mangsa agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa dan jika kemahuan nafsunya tidak dituruti, mangsa akan dibunuh.

"Kalau suaminya tiada di rumah, dia akan mengajak saya melakukannya. Waktu malam itu, dia paksa saya lagi dan dia mengancam akan membunuh saya," kata mangsa.

Ketua Polis Palembang, Kompol Yon Edi Winara, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan tersebut dan akan segera menjalankan siasatan.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Bangka Pos Tribunnews