Bersempena tayangan filem cinta ‘Kau Yang Satu’ yang akan menemui penonton bermula 27 Julai ini, Astro Gempak mengimbas semula beberapa kisah cinta yang menarik dan pernah menjadi tumpuan orang ramai di laman sosial.

Menyingkap cerita cinta yang pernah viral sekitar Mac lalu, kisah yang berlaku di negara China ini melibatkan seorang pemuda berumur 23 tahun telah membuktikan bahawa dia tidak hanya memandang rupa paras dalam menilai cinta.

Jejaka bernama Lin Zhouqiang ini mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang tidak mempunyai hidung, Xu Qinqin, 21. Xu kehilangan hidung selepas insiden digigit seekor tikus ketika berusia 29 hari.

Menyelusuri perjalanan hidup Xu, gadis ini sering dihina oleh jiran, rakan sekerja dan anggota keluarga sendiri disebabkan kecacatannya itu sehinggalah dia bertemu dengan Lin dan berkahwin pada Februari 2017.

Sebelum ini, Xu pernah berkahwin pada usia 18 tahun tetapi ikatan itu hanya bertahan selama dua tahun kerana bekas suami dan ahli keluarganya menganggap Xu sebagai seorang yang menakutkan.

Perkenalan Xu dengan Lin bermula menerusi internet dan Lin merasakan Xu sebagai cinta sejatinya. Lin tidak kisah dengan paras rupa Xu yang tidak mempunyai hidung.

Mula jatuh cinta dengan Xu, Lin menganggap kisah mereka sebagai satu takdir. Lin dapat merasakan bagaimana sukarnya hidup Xu dan memutuskan untuk mengahwininya selepas menyelami hati dan perasaan wanita itu.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ‘Kau Yang Satu’ lakonan Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid dan Soo Wincci. Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.

Olahan: Kamaruddin Razal
Sumber: Mynewshub