Sedang Miss K mencari-cari contoh gaya potongan rambut yang sesuai di akaun Instagram (IG) tiba-tiba mata tertumpu pada wajah seorang wanita berambut pendek mirip bekas isteri Along Raja Lawak, Zila Seeron.

Niat hati Miss K untuk mengubah gaya rambut ala Saloma ini kepada fesyen terbaru terus terbantut sebaik sahaja melihat foto tersebut.

Berkelip-kelip juga mata Miss K, rasa seperti tidak percaya manalah tahu kalau tersalah orang namun ternyata semuanya benar apabila pemilik IG @mkajsalon tag akaun IG milik Zila, @zilaseeron di foto tersebut.



Wah, cantik penampilan baru Zila, nampak lebih fresh menggayakan rambut ala boycut berwarna biru kehijauan gitu.

Dengarnya Zila pun dah mula bekerja di salon tersebut menerusi beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zila dilaman IG miliknya.

Baguslah tu, nampaknya Zila dah mula membuka lembaran baru selepas melalui episod duka satu masa dulu.

Status ibu tunggal yang Zila galas semestinya tidak menghalang Zila untuk mencari rezeki halal.

Mungkin rezeki Zila dalam bidang nyanyian semakin berkurang tetapi rezeki itu datang dalam bentuk lain pula, siapa tahu kan?

Apa pun Miss K harap Zila jadikan perkara ini sebagai satu permulaan baru untuk mencorak masa depan yang lebih baik, Insha Allah.

Tapi Miss K harap Zila jangan berhenti menyanyi pula. Kalau ada tawaran persembahan apa salahnya kalau terima kan?

Miss K follow tau Zila dekat Smule. Jadi Miss K tertunggu-tunggu video terbaru Zila. Terubat juga rindu Miss K nak dengar suara Zila.

Miss K: Tak sabar nak tengok episod bersemut drama Mencintaimu Mr.Photographer pukul 10 malam ini di Astro Ria dan Ria HD. Drama tu betul-betul buat Miss K teringin nak ada boyfriend Photographer. Ihik!

*Ada gossip atau berita panas yang hendak dikongsi? Hantar kepada [email protected]*