Scha, Awal Sedia Tambah Anak

16 Julai 2017. 2.09 PM
6,748
Hiburan
Scha, Awal Sedia Tambah Anak
Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya tidak menolak untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat.

Kata Scha, 34, dia sudah bersedia untuk mendapatkan zuriat setelah anak sulungnya, Lara Alana, kini berusia tiga tahun.

"Selepas lima tahun berumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk tambah anak.

"Sebelum ini kami ada merancang kerana mahu memberikan ruang kepada Lara untuk matang sebelum dikurniakan adik," katanya.

Pasangan itu ditemui pada majlis Ceria Raya Yakult di Hospital Pakar KPJ Ampang semalam.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan majlis perkahwinan pasangan itu pernah mendapat jolokan Wedding of the Year.

Teks oleh: Amri Hassan

Artikel Berkaitan