Selepas Astro Gempak menyiarkan artikel mengenai seorang jejaka mendakwa seorang wanita yang merupakan penyampai radio sebagai ‘kaki’ dadah jenis syabu serta tidak mengenang budi, ramai yang membuat spekulasi mendakwa Tun Nadia, seorang pengacara dan bekas penyampai radio sebagai individu yang dimaksudkan.
BACA: Bekas Teman Lelaki Dakwa Penyampai Radio Kaki Syabu, Tak Kenang Budi
Pada minggu lalu, Tun Nadia memuat naik sebuah video di laman Facebook miliknya. Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Tun Nadia menjawab segala dakwaan yang netizen tujukan kepadanya.
BACA: Didakwa Kaki Syabu & Tak Kenang Budi, Tun Nadia Beri Penjelasan
Pihak Astro Gempak dihubungi sendiri oleh jejaka yang dikenali sebagai Nicky Zullu. Nicky merupakan individu yang melemparkan dakwaan terhadap Tun Nadia.
Astro Gempak mengadakan sesi temubual eksklusif bersama Nicky atau nama sebenarnya, Nakia Zulkarnian Zainoddin, 41.
“Saya mahu menuntut hak saya. Jangan salah faham dengan pendedahan itu. Saya bukan mahu sabotaj dirinya, tetapi saya sudah tidak tahan.
“Tujuan saya mendedahkan perkara tersebut kerana tidak boleh lagi bersabar dengan kelakuan Tun Nadia yang mencabar saya.
“Dia sudah melebihi batas. Saya sudah cuba berbincang dan guna pelbagai cara untuk bersemuka secara baik, tetapi tidak dilayan. Jadi pendedahan tersebut saya jadikan sebagai jalan lain untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Nicky juga tidak mahu memanjangkan perkara ini tetapi dia hanya mahukan satu perkara sahaja dari Tun Nadia.
“Cuma satu sahaja yang saya mahukan. Saya ingin dia membayar semula duit pendahuluan rumah dan bayaran sewa yang selama ini saya sediakan bermula awal 2011 sehingga tahun 2015. Anggaran wang tersebut adalah kira-kira RM130,000.
“Memang rumah itu dibeli atas namanya ketika kami bercinta, tetapi saya yang membayar duit deposit dan sewa bulanan. Ketika itu, saya sukar untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah. Dia datang dengan idea tersebut dan saya menurutinya kerana dia sudah berjanji dengan saya.
“Katanya, jika saya dan dia tiada hubungan lagi selepas ini, dia akan menyerahkan rumah tersebut kepada saya, tetapi kini lain pula jadinya. Atas dasar kasihan, saya turutkan juga.
“Kini, saya tidak mahu meminta rumah itu semula kerana saya malas untuk bertekak dengan dia. Biar pun harga rumah tersebut sudah mencecah hampir RM600,000, tidak mengapa.
“Apa yang saya inginkan sekarang, dia membayar semula apa yang saya telah bayarkan dahulu untuknya. Ambil sahaja rumah itu, tetapi saya hanya mahu wang sahaja,” katanya lagi.
Ikuti video di bawah untuk mendengar sendiri penjelasan Nicky dalam sesi temu bual bersama Astro Gempak:
Kamaruddin Razal
Fri Jul 14 2017
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.