Ratu cantik Indonesia Ariska Putri Pertiwi 21 telah dinobatkan sebagai Miss Grand International di Las Vegas pagi Rabu.

Ariska berjaya menewaskan 70 ratu cantik dunia terdiri daripada pelbagai jenis bentuk badan, rupa dan tutur bahasa.

Menurut laporan Rappler, ini merupakan kali pertama Indonesia memenangi pertandingan ratu cantik ini yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong saya dan ahli keluarga yang tidak henti-henti memberikan semangat sepanjang berada dalam pertandingan ini.

“Anda semua memang terbaik, saya juga sudah bersedia untuk melakukan kerja-kerja amal di serata dunia terutama sekali memerangi keganasan dan peperangan,” kata Ariska kita member ucapan di atas pentas.

Sebelum menjulang mahkota kejuaraan, Ariska telah bersaing dengan Ratu Cantik Thailand, Filipina dan Amerika Syarikat untuk berada di tempat ke empat teratas.

Ariska juga turut menerima anugerah Busana Kebangsaan Terbaik.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Rappler