Pelakon Korea popular, Ji Chang Wook akui gementar untuk menjalani latihan tentera pada 4 Ogos depan.

Perkara itu diluahkan oleh Chang Wook secara langsung menerusi aplikasi V Live sebentar tadi.

"Saya akan berusaha sebaik mungkin dan menjaga kesihatan ketika menjalani latihan nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya mengikuti latihan seperti ini, jadi secara jujurnya tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini.

"Tapi dalam masa yang sama rasa teruja dan gementar untuk memulakan latihan.

"Tapi apapun saya tetap akan berikan yang terbaik dan akan bertemu anda semua sebaik saja tamat latihan," ujarnya.

Ji Chang Wook yang juga merupakan pelakon drama Korea popular berjudul Suspicious Partner akan menjalani latihan tentera selama dua tahun pada 4 Ogos depan di pusat Gangwon yang terletak di Bandar Cheorwon.