Bekas suami kepada ibu penyanyi Sufi Rashid iaitu Arif Dollah mendakwa bekas isterinya, Irma Suriana Mahamud cuba menipu dengan memberitahu sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.

Arif Dollah yang menyangkal kenyataan Irma itu telah meninggalkan komen pada artikel yang telah dimuat naik oleh sebuah portal hiburan.

Arif menulis komen tersebut selepas bekas isterinya cuba meraih simpati dengan memberi kenyataan kepada portal berkenaan yang dia kini sedang mempunyai masalah buah pinggang.

Berikut komen yang diturunkan:



Menerusi artikel tersebut Irma telah menuntut Sufi memohon maaf secara terbuka atas tuduhan palsu dilemparkan terhadapnya.


Tambah Irma lagi dia cuba sembunyikan penyakitnya demi kebahagiaan anaknya itu.

Terdahulu, Irma meluahkan rasa kecewa terhadap anaknya kerana dilayan tak ubah seperti kain buruk selepas bersusah-payah membesarkan anaknya itu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal