Bekas isteri Faizal AF, Sahidatul Najiha, berang dengan dakwaan yang mengatakan dirinya adalah punca penceraian mereka.

Disebabkan tuduhan tersebut, wanita itu tampil memberikan penjelasan sebenar menerusi akaun facebooknya petang semalam.

Najiha juga turut berkongsi video temubual eksklusif bekas suaminya bersama majalah URTV berserta status menyindir.

"Berbangga benar bagitahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertangungjawab dari segi mana tuu?



"Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Tingg tinggg habuk pun takdakkkk!" tulisnya.

Selain itu, Najiha juga turut menaikkan satu lagi status pada Selasa sebaik saja mendapat tahu bekas suaminya itu mendakwa penceraian mereka adalah kerana wanita itu tidak memahami kerjayanya sebagai seorang artis.

Menerusi status itu juga, Najiha turut melabelkan suaminya sebagai plastik kerana tidak mendedahkan perkara sebenar.

"Plastik, kuat propa... Bukan mu naik kaki tangan dan main perempuan ke waktu dengan aku?" tulisnya.

Sementara itu menerusi laporan Insta Online, Najiha memberitahu dia enggan mengulas lanjut mengenai kes penceraian mereka kerana masih dalam perbicaraan mahkamah.

"Kenyataan yang diberikan olehnya tidak sama dengan apa yang kami lalui.

"Tidak ada pihak ketiga dan boleh saya katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri.

"Jika dia kata saya tidak boleh menerima kehidupannya sebagai seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini.

“Saya nekad untuk menfailkan perceraian ini kerana merasakan sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” cerita Sha.

Sumber: Insta Online / Facebook Sahidatul Najiha