Ahmad Dhani Tak Mampu Beli Kebaya Untuk Mulan Jameela

27 Oktober 2016. 12.10 PM
135,365
Hiburan
Ahmad Dhani Tak Mampu Beli Kebaya Untuk Mulan Jameela

Penyanyi dan komposer Indonesia Ahmad Dhani berterus terang kepada media yang dia tidak mampu untuk membeli baju kebaya buat isterinya Mulan Jameela.

Harga kebaya itu terlalu mahal tambahan lagi ia merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkenal Indonesia, Anne Avantie.

“Rekaan kebaya Anne Avantie ini memang cantik dan menawan, tetapi harganya sangat tinggi dan mahal.

“Satu helai saja boleh cecah RM20 ribu, walaupun rasa kasihan terhadap Mulan tapi saya tidak mampu menghadiahkannya,” kata Ahmad Dhani seperti yang dilaporkan kepada Kapanlagi.com ketika ditemui di Festival Fesyen Antarabangsa Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

Ketika Ahmad Dhani memberitahu media mengenai harga kebaya tersebut, Mulan hanya mampu ketawa dengan gurauan suaminya itu.

“Saya perempuan kalau diberi hadiah kebaya itu, saya pasti gembira.

“Hasil tangan Anne Avantie mempunyai kualiti yang sangat bagus, teliti dan sesuai digayakan untuk majlis-majlis rasmi.

“Apa-apa pun saya tetap menyokong usaha Anne untuk terus hasilkan rekaan kebaya yang mengangkat martabat nasionalisme Indonesia di mata dunia,” katanya.

Ahmad Dhani dan Mulan Jameela bernikah pada tahun 2009 selepas bercerai dengan Maia Estianty dan diikurniakan tiga orang anak.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Kapanlagi.com 


Artikel Berkaitan