Keberkesanan lakonan Datin Seri Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC) tidak perlu dipertikaikan lagi.

Lakonan Zizie itu sentiasa membuatkan peminat tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.

Bagaimanapun dengan tamatnya drama bersiri tersebut, Zizie menerusi akaun Instagramnya memberitahu bakal kembali berehat daripada dunia lakonan untuk tempoh masa tertentu.

"Mesti rasa nak tumbuk puan Sri Mawar ni kan? Tangoklah sepuas-puasnya, saya akan kembali berehat daripada berlakon.

"Tapi saya janji, kali ini tidak akan mengambil masa yang lama seperti sebelumnya, Insha Allah dalam dua tiga tahun sahaja,"
tulisnya.

Namun perkara itu tidak dipersetujui peminatnya dan mereka mahu Zizie kembali aktif dan mempertimbangkan keputusan tersebut.

Rata-rata mereka mahu melihat Zizie beraksi untuk watak antagonis lain.

Selain peminat, aktres Fazura, Fasha Sandha dan Uqasha Sentose juga turut kagum dan memuji lakonan Zizie.







Teks oleh: Mya Amri