Salamiah Hassan Labur Lebih RM5,000 Kerana Nyawa Seekor Kucing

27 Oktober 2016. 1.37 PM
24,620
Hiburan
Salamiah Hassan Labur Lebih RM5,000 Kerana Nyawa Seekor Kucing

Penyanyi lagenda Salamiah Hassan, 65, melabur lebih RM5,000 untuk menyelamatkan kucing kesayangannya, Coco yang jatuh sakit dan nazak sejak lebih seminggu yang lalu.

Salamiah Hassan berkata walaupun doktor mengesahkan Coco sudah tiada harapan lagi untuk hidup namun dia tetap mencuba sehabis daya.

"Coco memang mempunyai pelbagai penyakit yang membahayakan seperti obesiti, asthma dan mild strock tetapi baru-baru ini kesihatannya semakin teruk.

"Saya sangat sedih bila dia jatuh sakit dan terus-terang saya tidak sanggup kehilangannya setelah 11 tahun saya menjaganya.

"Saya hantar ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut dan kini selepas 10 hari dia berada di sana dengan rawatan yang lebih rapi saya sudah melabur RM5,300 untuknya.

"Saya merayu kepada doktor untuk mengubatinya dan selamatkannya. Jadi doktor mencadangkan saya untuk masukkan stem cell ke dalam badannya dan saya hanya menurutinya.

"Saya sanggup lakukan apa sahaja demi kucing perliharaan saya dan saya kini masih menyanyi mencari rezeki semua keperluan penjagaan dan rawatan kucing-kucing saya," katanya kepada Astro Gempak.

Salamiah memelihara empat ekor kucing jalanan termasuk Coco dan mempunyai kucing paling tua yang berusia 17 tahun.

Ibu kepada penyanyi Atilia itu memberitahu dia seorang yang sangat sayangkan haiwan sehinggakan dia pernah dimarahi oleh bapanya sewaktu kecil kerana membawa pulang anjing untuk dipelihara.

"Dari kecil lagi saya seorang yang sayangkan haiwan tak kiralah binatang apa pun.

"Sehinggakan saya pernah dimarahi ayah saya kerana membawa pulang anjing ke rumah. Masa itu kecil lagi dan saya tidak tahu mengenai halal dan haram," ceritanya lagi.

Teks oleh: Shafiqah Jalal 





Artikel Berkaitan