Setapak melangkah lebih jauh meninggalkan pesaing lain dalam dunia aviasi, inisiatif Hannan Airlines menukar uniform krew kabin mendapat perhatian dunia.

Penuh gaya dalam mengadaptasi dunia fesyen haute couture, syarikat penerbangan itu telah berkolaborasi dengan pereka fesyen Laurence Xu bagi menghasilkan koleksi terbaharu anak kapalnya.

Diinspirasikan daripada dres tradisional China iaitu Cheongsam, uniform itu disuntik elemen moden ala Barat namun mengekalkan keaslian corak awan, ombak dan buruk mistik China, Roc.

"Kita bukan hanya mencipta uniform baharu tetapi menunjukkan kepada dunia betapa antarabangsanya imej kami," kata pengarah penjenamaan Hainan Airlines, Xu Fei.

Versi uniform lelaki diringkaskan sedikit namun menonjolkan gaya Barat. Ia dipadankan dengan double-breasted overcoat dan sedikit elemen budaya China.

Jom tengok gambar-gambar terkini uniform Hainan Airlines yang dirakamkan ketika Paris Fashion Week baru-baru ini.






Teks oleh: Amri Hassan