Aktor Norman Hakim akui sebak sebaik sahaja diberitahu bekas isterinya, Abby Abadi keguguran baru-baru ini.

Norman berkata meskipun mereka bukan lagi suami isteri namun dia akui amat sedih ketika menerima berita tersebut.

"Sebelum ini dia ada mengadu tekanan darah tingginya agak membimbangkan juga, namun tak sangka usia kandungannya tidak dapat diselamatkan.

"Saya memang tak dapat menahan sebak dan sedih sebaik sahaja Abby beritahu dia keguguran.

"Walaupun kami bukan lagi suami isteri tapi saya turut berasa sedih di atas apa yang berlaku.

"Saya tahu suaminya amat berharap untuk menimang cahaya mata bersama Abby kerana dia sudah dua kali keguguran.

"Abby kongsi segalanya mengenai cerita kegugurannya itu kepada saya dan saya turut bersimpati," katanya kepada Astro Gempak.

Norman ditemui selepas sidang media program Che Din Kan Ada di TV Alhijrah, pada Selasa.

Abby Abadi keguguran ketika usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.

Norman memberitahu dia turut memberi kata-kata semangat kepada Abby supaya tidak murung selepas apa yang berlaku.

"Saya nasihatkan Abby supaya terus bersangka baik dengan Allah selepas nasib yang menimpanya.

"Abby bagaimanapun memang kuat dan tabah hadapai dugaan ini dia langsung tidak nampak bersedih.

"Mungkin dia sudah redha dengan apa yang berlaku, saya pun lega," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Norman bakal menjalani penggambaran siri terbaharu Gerak Khas bersama Erra Fazira tidak lama lagi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal