Penyanyi Faizal Tahir mengakui tidak mahu mengambil endah tentang kritikan dilemparkan terhadapnya kerana sering tidak berbaju.

Menurut Faizal, tidak berbaju adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dijadikan isu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Faizal telah berkongsi sekeping gambar tidak berbaju bersama dua anak lelakinya ketika mengerjakan ibadah umrah telah menerima kecaman daripada peminatnya.

"Sejujurnya, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu kerana sebelum ini saya pernah buka baju dan satu malaysia tengok di TV.

"Biarlah mereka berdebat kerana bagi saya gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

"Sewaktu saya mengambil gambar itu, saya tengah pakaikan ihram dalam bilik air sebelum mengajak anak mengambil gambar bersama.

"Setakat tunjuk separuh badan semasa ihram bagi saya tiada masalah kerana bukannya saya buka seluar ataupun berbogel dan ia bukan aurat," katanya kepada Astro Gempak.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), di Hotel Impiana, KLCC, pada Isnin.

Tambah Faizal, dia dapat melihat pemikiran manusia yang positif, negatif dan berfikiran cetek melalui komen yang diberikan oleh peminatnya.

Boys 2 Men.

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on


Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi