Kecomelan anak pertama penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya telah mendapat perhatian peminatnya.

Lebih-lebih lagi apabila ramai yang meluahkan rasa geram melihat ‘pipi pau’ yang dimiliki oleh Aleena.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi oleh Harris di akaun Instagram (IG)nya, Harris memberitahu berat anak perempuannya itu kini sdudah mencecah 10 Kg.

“Happy 5 months my BomBom! Rasa macam tak percaya awak berat awak dah mencecah 10 kg. Hehe,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, sama seperti selebriti lain, Harris juga tidak ketinggalan untuk memuatnaik beberapa foto-foto menarik yang memperlihatkan ragam anaknya untuk tatapan peminat.

Menariknya, setiap ruangan komen foto yang dimuatnaik oleh Harris pasti mempunyai komen peminat yang menyamakan Aleena dengan logo popular tayar berjenama Michelin kerana terlalu comel dan tembam.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik Aleena:

See u in a few hrs BomBom ? #4mths #8kg

A post shared by Harris Baba (@harrisbaba) on

Awwwwww❤ Pandai to smile alrd! Hehehe? Daddy cant wait to see u?

A post shared by Harris Baba (@harrisbaba) on

Happy 5 months my BomBom! ❤️ Cant believe ure 10 kilos alrd. Hehe

A post shared by Harris Baba (@harrisbaba) on

Teks oleh: Mya Amri