Pelakon, Wan Sharmila mendedahkan dirinya kini dirawat disebuah hospital.

Berita itu diberitahu sendiri oleh Wan Sharmila menerusi akaun Instagram (IG)nya kira-kira sembilan jam lalu beserta foto yang menunjukkan dirinya terlantar di atas katil sambil tersenyum sebelum memasuki bilik pembedahan.

“Nak ketawa ke menangis tu. Senyum lebar tu sebab nak cover rasa takut. Hehe. Ni sebelum masuk OT room semalam. Yang penting di sini nak cakap berjuta terima kasih untuk kawan-kawan dan keluarga yang selalu ada temankan saya.

“Teman dekat-dekat dan teman kat Whatsapp serta yang mendoakan dari jauh. Korang tahu siapa korang. Insya Allah saya ok!”
tulisnya.

Bagaimanapun, aktres itu tidak pula menjelaskan punca penyakit yang menyebabkan dirinya ditahan dihospital.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan artis kesayangan mereka ini mula meninggalkan komen yang mendoakan supaya dirinya kembali pulih selepas mendapat rehat secukupnya.

@ziqalynnazim: Awak sakit apa? Moga dipermudahkan segalanya. Cepat sihat tau rindu awk @lala.wansharmila

@nazira_hamdan: Kak Lala kenapa?? hmm semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kak Lala. Aamin. May Allah SWT bless you.

@intanofficial_: Kak Lala semoga sihat selalu jaga kesihatan ok, saya selalu doakan kak Lala idola saya kan hihii iloveyou @lala.wansharmila

Teks oleh: Mya Amri