Galakkan Pekerja Bersukan, Achey Belikan Basikal

27 Oktober 2016. 6.37 PM
31,679
Hiburan
Galakkan Pekerja Bersukan, Achey Belikan Basikal

Pelawak Achey telah mewajibkan para pekerjanya untuk bersukan demi untuk menjaga kesihatan.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, berkata, telah membeli beberapa buah basikal untuk kegunaan pekerjanya.

"Saya telah memasukkan dalam skop kerja setiap kali tamat waktu bekerja mereka di mestikan untuk mengayuh basikal.

"Jadi saya ada sediakan basikal dan mereka akan kena kayuh basikal tersebut tidak kira la sekejap ataupun lama.

"Dalam menjaga kesihatan para pekerja, saya akan memastikan mereka untuk mengayuh basikal setiap hari," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, dia akan turut bersama dengan mereka untuk melakukan kayuhan jika jadual kerjanya tidak sibuk.

"Saya juga akan turut serta berbasikal bersama mereka jika mempunyai masa terluang dan tidak sibuk dengan tugasa kerja diluar.

"Ini akan meningkat tahap kesihatan mereka dan dalam masa yang sama ia akan meningkat mutu kerja yang dilakukan," katanya.

Selain itu, menurut Achey, untuk menjaga kesihatan dirinya, dia akan bermain bola bersama Mak Jemah Fc pada setiap hari isnin bersama barisan artis yang lain.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi





Artikel Berkaitan