Selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music, Adib Khalid merisik teman wanitanya, pelakon Izara Aishah.

Berita ini disampaikan menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram milik ibu Adib, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham (@teezac).

“Majlis merisik Izara Aishah… It was a beautiful ceremony and Alhamdulillah everything went smooth. Looking forward for the big day. Love you dearest Icha @ia_madame @izaraaishahofficial @adib_khalid,” tulis Zawyah.

Majlis merisik Izara Aishah..it was a beautiful ceremony n alhamdulillah everything went smooth.Looking forward for the big day.Love u dearest Icha???❤️❤️❤️ @ia_madame @izaraaishahofficial @adib_khalid

A post shared by teezac (@teezac) on


Ibu tiri Adib, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi beberapa keping foto majlis merisik Izara di laman Instagram miliknya (@ctdk).

Dalam perkembangan terbaru, Izara bakal muncul menerusi filem terbaru arahan Osman Ali yang berjudul Kau Yang Satu.

Selain Izara, filem yang berkisarkan tentang pergolakan cinta tiga segi ini turut memaparkan Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Kau Yang Satu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal