Kuasa media sosial mampu mengubah kehidupan seseorang, tidak kira individu itu dalam bidang profesional atau tidak.

Dengan memiliki rupa paras dan sosok badan persis model, pegawai perubatan pun tidak terlepas daripada melakar populariti dari media sosial.

Cuba bayangkan anda dirawat oleh pegawai perubatan misalnya doktor yang serba sempurna segalanya, adakah mungkin sakit anda pun sembuh dengan sendirinya?

Jadi, kami senaraikan 10 doktor paling kacak di dunia. Mungkin anda pun ada senarai tersendiri.

1) Dr. Mikhail Varshavski

Majalah People memberikan gelaran Sexiest Doctor Alive kepada Dr. Mikhail atau lebih dikenali Dr. Mike. Populariti yang diraih di Instagramnya digunakan untuk menyedarkan orang ramai tentang amalan kesihatan.




2) Dr. Gabriel Prado

Berasal dari Brazil, Dr. Gabe baru berusia 26 tahun dan merupakan seorang neurologist. Mula dikenali apabila sekeping gambarnya tersebar di Internet. Dr. Gabe mempunyai minat bersukan dan mengembara. Mungkin anda pun begitu?




3) Dr. Evan Antin

Dr. Evan ialah seorang doktor pakar haiwan di Conejo Valley Veterinary Hospital di Thousand Oaks, California. Dia juga pernah bergelar seorang model. Jika anda pencinta haiwan, dia calon paling layak!





4) Dr. Leo

Memiliki rupa paras seperti model dan bertubuh seperti jurulatih gimnasium, Dr. Leo seorang doktor kecemasan di Hospital Portuguese South African. Bahkan, Dr.Leo juga dikatakan banyak menghabiskan masa dengan aktiviti kemanusiaan.




5) Dr. Robert Rey

Pakar pembedahan plastik ini memiliki aura dan keyakinan yang menarik. Dr. Robert merupakan graduan Arizona State University dalam bidang biokimia dan mempunyai Ijazah Polisi Kesihatan dari Universiti Harvard. Dia juga pernah membintangi drama televisyen Plastic Surgery (2000), Grey's Anatomy (2006) dan Dr. Hollywood Brasil (2012).




6) Dr. J. C. James

Aktif membina otot dan bersenam, doktor kacak ini memiliki kelulusan dari Philadelphia College of Osteopathic Medicine.




7) Dr. Mark Agas

Berasal dari Filipina, doktor berusia 32 tahun ini adalah pakar dalam bidang ophthalmology (pakar mata). Mula dikenali apabila rakaman video dia sedang bercakap dengan pesakitnya tersebar di media sosial.




8) Dr. Jay Phils Lacroix

Dr. Lacroix adalah seorang dermatologi yang sukakan binatang peliharaan dan kanak-kanak. Dia juga sering mengembara ke lokasi menarik seluruh dunia. Hmm, adventurous!



9) Dr. Kerisimasi Reynolds

Lebih dikenali sebagai Dr. Masi, dia merupakan Pakar Bedah Ortopedik. Malangnya, doktor kacak ini sudah berkahwin dan bergelar bapa.




10) Dr. Manuel Rico

Dilahirkan di Sepanyol dan kini menetap di Chile, Dr. Manuel merupakan pakar dalam bidang Gynecologist.




Teks oleh: Amri Hassan