Tidak mempedulikan imejnya sebagai seorang artis, Diana Danielle telah memuatnaik satu foto dengan mimik muka lucu untuk mengusik peminatnya.

Foto yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram (IG)nya itu memaparkan isteri kepada aktor Farid Kamil ini sengaja mengembungkan pipinya sambil membuat ‘double chin’ sebelum mengambil selfie.

Selain wajahnya, kapsyen yang ditulis oleh Diana, “Would you still love me?” juga turut menarik perhatian pengikut IGnya.

Disebabkan kapsyen tersebut juga, para peminatnya mula membalas dengan dengan komen-komen lucu di ruangan komen foto berkenaan.

Tidak kurang juga ada peminat yang mengusik dengan komen berbunyi “Tanyalah abang Farid Kamil,” tulis @areylove.

Sehingga kini foto tersebut telah menerima lebih 11,000 likes dan 205 komen walaupun baru dimuatnaik semalam (Rabu).

Teks oleh: Mya Amri


Would you still love me?

A photo posted by Diana Danielle (@dianadanielleb) on