Pelakon dan model Emily Ratajkowski mengakui sukar untuk mendapat tawaran lakonan kerana memiliki payudara yang besar.

Menerusi laporan Fox News, Emily berkata dia sukar untuk membina kerjaya dalam bidang lakonan seperti pelakon lain kerana aset yang dimilikinya itu dan dianggap tidak sesuai oleh pengarah.

"Ramai orang yang tidak ingin bekerjasama dengan saya kerana mereka menganggap payudara saya terlalu besar.

"Meskipun payudara merupakan aset kepada wanita namun perkara itu sebenarnya memberi tekanan kepada saya apabila ramai yang mempersoalkannya," katanya menerusi satu temubual bersama Cinemablend.

Tambah Emily, kehebatan lakonannya dianggap remeh oleh sesetengah pihak dan kebayakan pengarah cuma menginginkan dirinya untuk tampil sebagai wanita seksi.

"Saya lebih tertarik untuk bekerja dengan produksi yang bagus dan jangan disebabkan payudara saya, mereka cuma memberi watak wanita seksi sahaja.

"Saya akan berjuang untuk mendapatkan tawaran yang bagus dan mengubah persepsi orang terhadap saya," ujarnya.

Sumber: Fox News