Penyanyi Hafiz Hamidun tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai penafian dibuat isterinya, Joyrevfa, di laman Facebook mengenai akaun Instagramnya yang disekat.

Hafiz ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp hanya menjawab ringkas ketika ditanya mengenai perkara tersebut.


"Tiada komen apa-apa buat masa ini, maaf ya. Malaslah layan..." jawabnya ringkas.

Terdahulu, Joyrevfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin meluahkan rasa kesal di laman Facebooknya terhadap pihak yang mendakwa dia menyekat akaun IG suami.

Menerusi sebuah entri, Joyrevfa turut mendakwa perkara tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya dan meminta dikemukakan bukti sekiranya benar dia melakukan perkara tersebut.

Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya itu.

Nama Joyrefva tiba-tiba hangat diperkatakan selepas memuat naik foto yang didakwa netizen sebagai kurang sesuai dengan imej wanita bertudung di akaun Instagramnya.

Akibatnya, foto yang dimuat naik Joyrevfa pada Ahad lalu untuk tujuan mempromosi produknya dikecam teruk netizen.