Pelakon drama Hero Seorang Cinderella, Fikry Ibrahim diusik peminat kerana menulis kapsyen ucapan khas sempena hari jadi aktres Uqasha Senrose.

Ucapan itu ditulis oleh Fikry menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.



Dalam pada itu, peminat yang suka melihat gandingan pasangan ini menerusi drama tersebut mula meninggalkan komen berbaur usikan.

Rata-ratanya meluahkan hasrat untuk melihat Fikry dan Uqasha disatukan sebagai suami isteri bukan sahaja dalam drama malah secara realiti.





Teks oleh: Mya Amri