Insiden sebuah kereta model Lamborghini hilang kawalan dan merempuh sebuah kenderaan lain di simpang lampu isyarat Persiaran Teknologi Subang petang kelmarin tular.

Bukan kerana kehilangan nyawa sebaliknya netizen lebih risaukan kerosakan kereta mewah yang kelihatan teruk akibat kemalangan itu.

"Kasihannya lambor ni jadi ghini," tulis Shauqi Tino di laman sosial Twitter.


Thread gambar-gambar yang dikongsikan itu bersambung dengan luahan perasaan netizen yang prihatin akan nasib kenderaan serta pemandu yang disyaki bawah umur itu.

Tulis Ahmad Afiq Muzzlini pula; "Lamborghitu la jadinya..."

"Laa, kasihan Hot Rod. Itulah obses sangat dengan loghat Sepanyol. Mesti stress datang Malaysia tak fahamkan?" kata Rabie Annuar yang menyamakan model itu dengan salah satu watak dalam filem Transformers 5.

"Dia pakai Lamborghini sah saha orang kaya. Boleh beli lagi," ujar Aiman Azlann.





Menurut beberapa laporan media, kereta mewah tersebut dipandu anak Tan Sri berusia 16 tahun dan tidak mempunyai lesen.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, Lamborghini yang dipandu gagal dikawal lalu merempuh sebuah kereta Perodua Myvi.

"Pemandu Lamborghini cuba mengelak daripada melanggar Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita menyebabkan dia terbabas dan melanggar pembahagi jalan," katanya kepada Harian Metro.

Kereta berkenaan turut merempuh sebuah lagi kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro, Twitter Lawak Tahap Dewa, The Coverage