Pelakon, Norman Hakim berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak perempuan kesayangannya, Marissa Dania Hakim.

Nukilan tersebut ditulis oleh Norman selepas Marissa menyambut hari lahirnya yang ke 12 beberapa hari lalu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon juga turut memuat naik satu video di akaun Instagram sedang mencium pipi anak perempuannya, berlatar belakangkan lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Afgan.


“Secara rasminya anak papa dah berusia 12 tahun sayang. Kalau papa nak terangkan macam mana sayangnya papa kat adik dan anak-anak papa yang lain, perjalanan sejuta tahun cahaya pun takkan habis untuk papa luahkan 'rasa' itu.

“Papa nak adik dan anak-anak papa yang lain tahu yang doa papa pada korang tak pernah sekalipun putus untuk pastikan adik dan anak-anak papa sentiasa selamat, sentiasa bahagia, sentiasa tenang & sentiasa dilimpahi kasih sayang di bawah lindunganNya 24/7 pagi, petang, siang & malam.

“Itu je 'senjata' yang papa ada iaitu DOA yang in shaa Allah mabrur dari seorang papa sebab satu hari nanti DOA adik & anak-anak papa yang lain adalah 'senjata' & penyelamat kepada papa pulak di 'kehidupan' yang lagi satu dari anak-anak yang soleh & solehah In Shaa Allah.

“Terima kasih sebab sentiasa bagi peluang kepada papa untuk jadi 'superhero' korang. Ampun maaf adik & anak-anak papa yang lain kalau ada kekurangan dari papa yang serba tak sempurna ni dalam membesar & bagi kebahagiaan & kasih sayang pada korang.

“Segala kekurangan tu datang dari papa & sentiasa ingat segala kebaikan, kebahagiaan, kasih sayang, dapat selalu jalan-jalan, dapat makan sedap-sedap itu semua adalah dari-Nya,”
tulisnya.

Selain itu, Norman juga turut berharap supaya Marissa menjadi seorang anak yang solehah dan pandai seimbangkan antara ilmu di dunia dan akhirat.

“Sentiasa bersyukur dengan apa juga yang Allah bagi ya sayang. Seimbangkan dunia akhirat. Kejar akhirat umpama kita akan mati bila-bila masa, In Shaa Allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi. Last but not least, put Allah S.W.T first, In Shaa Allah u'll never ever be last.

“Sanah Helwah sayang solehah @marissa_dania_hakim papa. Papa sayang adik & anak-anak papa yang lain sangat-sangat sebab cinta papa pada Allah & korang BUKAN CINTA BIASA. Semoga ianyanya kekal sampai bila2... Aamiin YRA,”
tulisnya

You're officially 12 years old sayang...❤️ . . Papa simplifieskan words papa sbb papa tawu kalau papa nak explain mcmana sayangnya papa kat adik & anak2 papa yang lain,perjalanan sejuta tahun cahaya pun takkan habis untuk papa luahkan 'rasa' itu . . Papa nak adik & anak2 papa yang lain tawu yang doa papa pada uolls tak pernah sekalipun putus utk pastikan adik & anak2 papa sentiasa selamat,sentiasa bahagia,sentiasa tenang & sentiasa dilimpahi kasih sayang dibawah lindunganNya 24/7 pagi,petang,siang & malam.Itu je 'senjata' yang papa ada iaitu DOA yg in shaa allah mabrur dari seorang papa sbb satu hari nanti DOA adik & anak2 papa yang lain adalah 'senjata' & penyelamat kpd papa pulak di 'kehidupan' yang lagi satu dari anak2 yg soleh & solehah in shaa allah . . Terima kasih sbb sentiasa bagi peluang kpd papa utk jadi 'superhero' uolls.Ampun maaf adik & anak2 papa yg lain kalau ada kekurangan dari papa yg serba tak sempurna ni dalam membesar & bagi kebahagiaan & kasih sayang pada uolls.Segala kekurangan tu datang dari papa & sentiasa ingat segala kebaikan,kebahagiaan,kasih sayang,dapat selalu jalan2,dapat makan sedap2 tu semua adalah dariNya . . Papa cakap nak 'simplifieskan words' tapi tgk mcm dah berjela je?Sikit je lagi . . Sentiasa bersyukur dgn apa jugak yg Allah bagi ye sayang.Seimbangkan dunia akhirat.Kejar akhirat umpama kita akan mati bila2 masa,in shaa allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi.Last but not least,put Allah s.w.t first in shaa allah u'll never ever be last . . Sanah Helwah sayang solehah @marissa_dania_hakim papa.Papa sayang adik & anak2 papa yg lain sgt2 sbb cinta papa pada Allah & uolls BUKAN CINTA BIASA.Semoga ianyanya kekal sampai bila2...Aamiin YRA❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Teks oleh: Mya Amri