Seorang vlogger dari China hampir maut selepas termakan daun beracun ketika merakan video 'live' di laman sosial.

Vlogger kesihatan yang dikenali dengan nama Zhang itu dilaporkan merakam dirinya memakan sejenis daun yang disangkanya daun lidah buaya (Aloe Vera).

Menurut portal Business Insider, daun itu dikenal pasti daripada sejenis tumbuhan beracun dari Mexico bernama Agave Americana.
Dalam video tersebut, Zhang dilihat memegang dua helai daun yang kelihatan seperti daun lidah buaya.

Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

"Oh, rasanya pahit. Sangat pahit," katanya di hadapan kamera.

Setelah mulutnya mulai berasa kebas dan tekaknya sakit, Zhang lantas menghentikan 'live' dan bergegas ke hospital.

Menurut laporan berita tempatan, vlogger tersebut mengalami ruam serta lepuh, dan doktor terpaksa mengeluarkan sisa daun berkenaan dari perut untuk menyelamatkan nyawa Zhang.

Dia bagaimana pun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Sumber: Astro Awani