Tom Cruise Jumpa Suri Selepas Tiga Tahun Bercerai Dengan Holmes

27 Oktober 2016. 7.42 PM
120,191
Hiburan
Tom Cruise Jumpa Suri Selepas Tiga Tahun Bercerai Dengan Holmes

Aktor popular Hollywood Tom Cruise 54, telah berjumpa dan menghabiskan masa dengan anaknya Suri Cruise selepas tiga tahun tidak bertemu, sejak berpisah dengan bekas isterinya Katie Holmes.

Menurut laporan Daily Mail, Cruise tidak pernah menghubungi anaknya sejak tiga tahun lalu sehinggalah Suri berusia sepuluh tahun.

Dalam tempoh tiga tahun itu juga, Cruise lebih banyak memfokuskan kerjayanya sebagai pelakon untuk filem-filem yang lalu seperti Mission Impossible: Rogue Nation dan Jack Reacher: Never Go Back. 

Tom dan Suri menghabiskan masa bersama dengan percutian selama lima hari di Costwolds, London dan menginap dua malam di desa Bourton-On-The-Water, Gloucestershire.

Cruise meminta bantuan daripada saudara perempuan Lee Ann Mapother untuk menguruskan percutian ini agar tidak dihidu oleh media dan wartawan.

Dalam pada itu, ada khabar angin mengatakan Cruise juga membawa teman wanita barunya berbangsa Inggeris bercuti bersama dengan mereka.

Sehingga kini, identiti wanita misteri itu masih belum diketahui.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Daily Mail 


Artikel Berkaitan