Sudahlah bungkusan makanan basi bersepah atas lantai, air kencing dan najis kucing pula dibiarkan tidak bercuci di ruang tamu rumah sebuah rumah dua tingkat di Semenyih, Selangor.

Itu antara bayangan seorang wakil syarikat swasta, Azimah, 26, yang mengendalikan sebuah rumah sewa sekumpulan gadis dari universiti swasta yang sedang menjalani latikan amali.

"Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita. Sebaik melangkah masuk ke rumah, kami 'dihidangkan' dengan bau busuk yang amat meloyakan.

"Pada mulanya saya terkejut dan menyangka hostel kena rompak. Rupa-rupanya memang dibiarkan berselerak.

"Apabila diperiksa, rupa-rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai. Malah, barangan dan pakaian dibiarkan bersepah dan tunggang-langgang," katanya kepada Harian Metro.

Azimah tidak menyangka keadaan hostel itu menjadi begitu teruk kerana empat penghuninya itu bakal menggengam segulung ijazah.

"Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan dan sepatutnya mereka bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turu menyediakan kediaman percuma.

"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit sebanyak telah mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka," tambahnya.

Menurut Azimah, sehingga kini masih tiada tindakan yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro